← JomPandai

Privasi keluarga didahulukan.

Ringkasnya: JomPandai tidak memaparkan iklan dalam aplikasi anak dan tidak memuatkan penjejak pengiklanan pada aplikasi, dashboard ibu bapa atau perpustakaan.

Dikemas kini: 12 Ogos 2026

Maklumat yang digunakan

Bagaimana maklumat digunakan

Untuk menyediakan latihan, menyimpan kemajuan, menyesuaikan cadangan, melindungi Parent Mode, menghantar akses pembelian, menyelesaikan masalah dan mencegah penyalahgunaan.

Kawalan ibu bapa

Ibu bapa boleh memadam profil anak melalui pemilih profil dalam aplikasi. Dashboard, perubahan tahun/kesukaran dan perpustakaan dilindungi PIN Parent Mode. Untuk permintaan akses, pembetulan atau pemadaman akaun, hubungi kami melalui WhatsApp.

Perkongsian dan penyimpanan

Maklumat hanya dikongsi dengan penyedia yang diperlukan untuk operasi seperti pengehosan, email dan pembayaran. Kami tidak menjual maklumat peribadi. Data disimpan selama akaun diperlukan untuk memberikan akses, atau sehingga permintaan pemadaman yang sah diterima, tertakluk kepada rekod yang wajib disimpan.

Untuk anak

Anak tidak perlu memasukkan email, nombor telefon atau alamat. Ibu bapa hendaklah mencipta dan mengurus akaun serta profil anak.

Soalan privasi

WhatsApp JomPandai dan nyatakan “Privasi” supaya permintaan boleh dikenal pasti.